Mengawasi kanak-kanak
– Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka
bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang
lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
Penggunaan selipar ke tandas
– kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi
mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin.
Pembalutan span pada tiang yang keras
– membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi
mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja
segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang
lebih selamat.
Mewujudkan kawasan larangan
– Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanak-kanak. Mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika mengambil makanan.
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering
– Guru sentiasa meneliti keadaan lantai prasekolah.Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Pintu pagar ditutup mengikut waktu
– Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak.
Larangan menggunakan pensel warna yang tajam
– Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru sentiasa memeriksa keadaan pensel warna mereka.